"the PAST bukanlah beban yang buat kita susah BERUBAH,
tapi..
Sebagai LESSON dan REFERENCE sejauh mana kita dah buat PERUBAHAN"

Tuesday 10 June 2014

oh my english

Assalamualaikum..
Actually...it is long time that i did'nt write something in this blog.It because i don't have any ideas that what should i write and talk about.what i want to shar today is....i am trying to use this blog as my place to write anything in english language.this is because i am in the zone to improve my english due to my awareness on how important its.

Monday 15 July 2013

ALAHAI...SUSAHNYA NAK JADI BAIK

ALAHAI..SUSAHNYA NAK JADI BAIK...




Nak jadi BAIK....
Rasanya secara fitrah semua orang nak jadi baik. Ini kerana fitrah manusia yang semulajadi itu sememangnya cinta dan suka pada yang baik-baik.Oleh itu tidak hairanlah sekiranya adakala kita akan dengar sejahat atau seburuk manapun seseorang itu bila hatinya rindu pada fitrah asalnya yang inginkan kebaikan dia akan kembali mencari dan memburu fitrah tersebut. Namun untuk mencapai tahap kebaikan itu kita akan melalui satu proses yang dinamakan sebagai 'ujian'. Tahap ini menguji sejauh mana kesungguhan kita untuk menjadi seorang yang baik. Pelbagai ujian yang dilalui. Ramai yang sering tersungkur kalah dek kerana nafsu dan hasutan syaitan lantas kembali kepada tabiat buruk yang lama. Ada juga sebahagian golongan yang berjaya melalui tahap ujian. Akhirnya dapatlah mereka mencapai dan merasai betapa bahagianya kerana berjaya memperoleh kebaikan tersebut. Firman Allah:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" . Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka seungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan  Dia mengetahui orang-orang dusta.(QS Al-Ankabut:2-3).

Nak jadi baik.Agak-agak baik macam mana yang menjadi impian kita.Baik macam mana yang ingin kita capai.Definisi baik macam mana yang kita fahami.Adakah bila kita baik pada pandangan manusia?. Iaitu dengan memastikan kita sentiasa sempurna dan menjadi seorang yang boleh dibanggakan dengan kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan kerjaya semata.  Atau dengan memiliki segalanya didunia ini kekayaan,pangkat dan kecantikan fizikal lebih dari orang lain. Atau cukup dengan tak pernah pergi ke club,tak pernah keluar berduaan dengan lelaki atau tak berpelesiran di tepi jalan atau cukup dengan solat walaupun kadang-kadang solat dihujung waktu. Adakah dengan semua ini kita memahami bahawa kita telah menjadi 'baik'?
Bagaimana dengan 'baik' mengikut skema Allah dan Rasulullah?. Cukupkah dengan semua diatas untuk kita mencapai tahap 'baik' yang Allah dan Rasulullah tetapkan. Pernah tak kita fikirkan apa banchmark yang Allah dan Rasul gariskan untuk kita mencapai tahap 'baik' itu??
Baik ikut skema Allah dan Rasul itu ialah dengan kita menjadi seorang muslim yang beriman.Bagaimana pula beriman yang dimaksudkan?Adakah cukup sekadar kita beragama islam?.Jawapannya adalah tak.Beriman iaitu dengan melaksanakan apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah larangkan.Maknanya semua benda yang kita nak buat kat dunia ni kena la guna ukuran,neraca dan peraturan Allah. Bukan mengikut peraturan dan neraca manusia atau ikut selera kita je. Bukan main redah je.
Memanglah nampak susah kan.Kalau nak cakap semua orang boleh. Tapi nak praktikkan tu yang memang payah.Ramai yang mengalah sebelum berjuang.
Jangan kita terlalu fikirkan susah dan payahnya sehingga kita tak ada usaha untuk kearah tu. Kena ingat Allah bukannya tengok natijah. Tapi Allah melihat usaha kita ke arah tu. We do our part and Allah do His part. Bila kita usaha kena yakin bahawa Allah akan tolong kita. Allah tak kan sia-siakan apa yang telah kita usahakan. We work hard then turn to Him.Percaya itu.
Insya-Allah.

NUKILAN UNTUKMU SAHABAT


NUKILAN RASA UNTUKMU SAHABATKU..
Pertama sekali ingin aku panjatkan syukur pada Allah kerana memberikan aku seorang sahabat sepertimu.Sahabatmu ini ingin menjadi SAKSI diakhirat kelak bahawa sesungguhnya engkau SAHABAT YANG BAIK.Dalam diam aku mengagumi dirimu.Kesungguhan,keberanian dan keyakinanmu.Untuk pengetahuanmu aku sangat-sangat gembira dan bersyukur atas setiap peningkatan dan perubahan dirimu kerana itulah yang aku selalu doa dan harap untukmu.Ini bukanlah pujian semata tetapi penghargaan kecil dariku.Semoga engkau akan terus TABAH DAN BERSABAR dalam mujahadah ini.Maafkan setiap khilafku.Adakalanya persahabatan itu kelihatan seperti tidak berharga kerana sikapku sendiri sehingga hatimu yang sering terluka.Semoga engkau memaafkanku atas kelemahan dan kekurangan itu.Sekiranya aku membiarkan dirimu rapat dengan mereka@sahabat yang lain bukan bermakna aku mengabaikanmu,jauh sekali untuk menganggap dirimu lupa pada persahabatan kita tetapi aku memilih untuk meletakkan keyakinan bahawa mereka akan memberikan pengaruh yang lebih baik untuk dirimu.Maka...apa lagi yang aku harap untuk sahabatku jika bukan kebaikan yang lebih baik untuk dirinya?Dan bukankah itu sesuatu yang terpuji disisi Allah sekiranya kita menjaga dan melebarkan ukhuwwah dengan manusia disekeliling kita.Ini coretan facebook sebagai rasa penghargaanku untukmu sebagai sahabatku.TERIMA KASIH,TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH...hihi:)

Aku SAYANG dirimu dari DULU,SEKARANG dan insyaAllah sampai SYURGA SEBAGAI SAHABATKU KERANA Allah..Cik CtZubaidah AbuBakar..

*sms
tq sb td teman cari buku..jasamu dikenang.hehe
tq bg ole2 Hang Tuah...
sory sb slalu jumpa dlm keadaan mcm tu.hrp difahami dn dimaafi...
hapy jmpa ko...haha..gmbr hiasan sem lalu punya...
satu lagi..last..jgn ketawakn coretan diatas..ok.



SAHABAT SAMPAI SYURGA.insya-Allah.
with cik ct zubaidah