Nak jadi BAIK....
Rasanya secara fitrah semua orang nak jadi baik. Ini kerana fitrah manusia yang semulajadi itu sememangnya cinta dan suka pada yang baik-baik.Oleh itu tidak hairanlah sekiranya adakala kita akan dengar sejahat atau seburuk manapun seseorang itu bila hatinya rindu pada fitrah asalnya yang inginkan kebaikan dia akan kembali mencari dan memburu fitrah tersebut. Namun untuk mencapai tahap kebaikan itu kita akan melalui satu proses yang dinamakan sebagai 'ujian'. Tahap ini menguji sejauh mana kesungguhan kita untuk menjadi seorang yang baik. Pelbagai ujian yang dilalui. Ramai yang sering tersungkur kalah dek kerana nafsu dan hasutan syaitan lantas kembali kepada tabiat buruk yang lama. Ada juga sebahagian golongan yang berjaya melalui tahap ujian. Akhirnya dapatlah mereka mencapai dan merasai betapa bahagianya kerana berjaya memperoleh kebaikan tersebut. Firman Allah:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" . Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka seungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang dusta.(QS Al-Ankabut:2-3).
Bagaimana dengan 'baik' mengikut skema Allah dan Rasulullah?. Cukupkah dengan semua diatas untuk kita mencapai tahap 'baik' yang Allah dan Rasulullah tetapkan. Pernah tak kita fikirkan apa banchmark yang Allah dan Rasul gariskan untuk kita mencapai tahap 'baik' itu??
Baik ikut skema Allah dan Rasul itu ialah dengan kita menjadi seorang muslim yang beriman.Bagaimana pula beriman yang dimaksudkan?Adakah cukup sekadar kita beragama islam?.Jawapannya adalah tak.Beriman iaitu dengan melaksanakan apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah larangkan.Maknanya semua benda yang kita nak buat kat dunia ni kena la guna ukuran,neraca dan peraturan Allah. Bukan mengikut peraturan dan neraca manusia atau ikut selera kita je. Bukan main redah je.
Memanglah nampak susah kan.Kalau nak cakap semua orang boleh. Tapi nak praktikkan tu yang memang payah.Ramai yang mengalah sebelum berjuang.
Jangan kita terlalu fikirkan susah dan payahnya sehingga kita tak ada usaha untuk kearah tu. Kena ingat Allah bukannya tengok natijah. Tapi Allah melihat usaha kita ke arah tu. We do our part and Allah do His part. Bila kita usaha kena yakin bahawa Allah akan tolong kita. Allah tak kan sia-siakan apa yang telah kita usahakan. We work hard then turn to Him.Percaya itu.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment